Baekhyun kini CEO syarikat

SELAIN bergelar penghibur, ahli kumpulan Exo iaitu Beakhyun kini dalam proses menubuhkan sebuah syarikat.

Menurut laporan media, syarikat tersebut akan ditubuhkan bersama seorang koreografer tarian bernama Kasper dan akan mengeluarkan karya dengan jenama sendiri.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Byun Baek-hyun itu akan tetap bersama Exo dan pihak pengurusan kumpulan berkenaan, SM Entertainment.

Dia sangat mengharapkan sokongan peminat dalam menggalas jawatan baharu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikatnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok