Azhar buat ‘house tour’, otak arkitek memang geliga!

SEDANG Diva tengah terkebil-kebil mata nak tidur, memang sengaja cari nahas layan TikTok.

Yang lalu-lalang FYP dekat TikTok Diva yang vogue kebaboom ini antaranya konten-konten pelakon Azhar Sulaiman.

Memang seronok tengok pelakon filem Mira Edora itu buat house tour!
Azhar memang bukan calang-calang orang. Selain bergiat aktif dalam dunia lakonan semasa masih ‘bergetah’, dia juga seorang arkitek yang hebat.

Tak percaya, pergi singgah sekejap akaun TikToknya dan pinjamkan mata tengok hantaran terbaharunya. Dia bercerita tentang rumah dan keluarga serta kerja-kerja seni binanya yang memang wow!

Ada yang mengusik, memang berbeza cita rasa kediaman seorang pelakon terpelajar berbanding so-called
taikun-taikun kosmetik. Amboi mengata siapa tu!

Tapi sungguh, rumah Azhar adalah yang apa orang putih sifatkan sebagai dream house! Batu yang digunakan bukan sebarang batu, sistem ventilasi atau pengudaraan buat
paru-paru terus sihat, ada kolam renang dan ‘air terjun’ dan paling penting, kawasan rumahnya semua dekat dengan insan-insan tersayang.

Seperkara lagi, sejuk mata Mizz Lahar tengok ‘Behar’ panggilan baharu Azhar yang berkopiah dan semakin behave selepas pemergian bapa mentuanya, Datuk Pahamin Rajab yang meninggal dunia awal Julai lalu.

DIVA: Kalau dah namanya pelakon atau orang seni, memang orang akan sentiasa bercakap tentang anda diknon. Tolong beringat!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok