Alvin keracunan makanan, kini di hospital Switzerland 

Pelakon Alvin Chong dikejarkan ke sebuah hospital di Switzerland disebabkan keracunan makanan.

Alvin atau nama lengkapnya, Alvin Chong Chean Wah memaklumkan, dia mula rasa kurang sihat sebaik sahaja transit di Bangkok, Thailand iaitu sebelum meneruskan penerbangan ke Switzerland.

“Saya mula rasa tidak sedap badan semasa transit di Bangkok.

“Ketika dalam penerbangan ke Switzerland, saya muntah teruk di tempat duduk dalam kapal terbang.

“Apabila selamat mendarat, saya terus dibawa ke hospital untuk melakukan ujian darah dan dapatkan suntikan,” katanya ketika dihubungi HibGlam sebentar tadi.

Pelakon Hantu Judi itu berkunjung ke negara terbabit bagi menjalani penggambaran video muzik lagu baharunya.

“Tahun ini saya ada dua lagu Bahasa Inggeris yang bakal dilancarkan,” ujarnya.

Hari ini, menerusi Instagramnya Alvin, 32, memuat naik beberapa keping fotonya berada di hospital di bandar Nuechatel, Switzerland.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

Beberapa rakan selebriti seperti Fazura, Adriana Adnan dan Shah Iskandar turut mendoakan kesihatannya segera pulih selain menzahirkan rasa bimbang keadaan aktor itu.  – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok