Ahn Jae-hong psiko!

AKTOR Ahn Jae-hong mendapat pujian apabila berjaya menjiwai watak dalam drama siri Netflix terbaharu, Mask Girl.

Watak sebagai Joo Oh-nam ‘hidup’ apabila Jae-hong mampu menggambarkan emosi individu menyeramkan ibarat lelaki psiko.

Rata-rata sangat berpuas hati dengan terjemahan watak aktor berusia 37 tahun itu sehingga ada kalangan mereka tidak boleh ‘berkelip mata’ menonton drama tersebut.

Mask Girl mengisahkan Kim Mo-mi yang bekerja di syarikat biasa pada siang hari tetapi mengejutkan apabila menjadi penstrim bertopeng pada waktu malam.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok