Ada kekasih, Jae-joong bikin hati peminat remuk

PENYANYI tampan, Kim Jae-joong mengejutkan ramai peminat apabila berkongsi sekeping foto menerima hadiah daripada teman wanitanya.

Jaejoong berkongsi foto berkenaan menerusi platform media sosial miliknya dengan kapsyen seolah-olah menyatakan dirinya sudah berpunya.

Sebaik sahaja kembali ke Korea, saya dapat cincin, hadiah daripada teman wanita saya. Terima kasih sayang!, tulisnya.

Susulan itu, ruangan komen penyanyi tersebut dihujani dengan luahan rasa kecewa dan patah hati netizen.

“Oppa (abang) sudah berpunya? Biarlah saya pergi membawa hati yang luka, moga dia dapat bahagiakan awak,” komen seorang peminat.

“Oh Tuhan, V sudah diambil Jennie, sekarang Jae-joong juga sudah dimiliki? hancurnya hati ini,” kata seorang lagi peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok