YoonA, Junho bercinta sebelum King The Land?

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba berita percintaan antara penyanyi YoonA dan Junho mula bertebaran, sekali gus mencetuskan tanya-tanya ramai.

Lebih mengejutkan, timbul cerita mendakwa hubungan romantis mereka tercetus sebelum bermulanya penggambaran siri romantik King The Land.

Mereka juga dilaporkan menerima tawaran berlakon dalam penerbitan bersiri tersebut disebabkan saling ingin berada di sisi masing-masing.

Tidak hairan disebabkan keserasian yang ditunjukkan dalam King The Land, drama tersebut mudah meresap di hati peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok