Wonheum kahwin bulan hadapan

Ahli kumpulan Norazo, Wonheum bakal menamatkan zaman bujang dengan teman wanitanya pada 20 Ogos di Seoul, Korea Selatan.

Menurut sebuah laporan, wanita yang bakal menjadi suri hati Wonheum itu bukanlah datang daripada golongan selebriti tetapi hanyalah seorang wanita biasa.

Menariknya, bakal pengantin perempuan berusia 37 tahun itu  ditemui Wonheum tiga tahun lalu melalui seorang kenalan.

Bermula tahun lalu, hubungan mereka sebagai kawan biasa bertukar menjadi serius. Pada masa sama, Wonheum juga tidak menyembunyikan persahabatan mereka daripada kenalan rapat.

Rata-rata peminat juga menyifatkan pasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Mereka juga sama cantik sama padan.

“Tahniah Wonheum!, pasangan yang sangat sesuai dan sempurna, pasti anak mereka nanti sangat comel,” kata seorang peminat.

“Bagus Wonheum tidak pilih isteri dalam kalangan selebriti, setidaknya tidak pening kepala memikirkan jadual padat masing-masing,” demikian komen netizen itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok