Wafariena jawab tuduhan ‘demand’, berlagak ‘diva’

SEDAR gelanggang seni sarat dengan pancaroba, bintang muda wafariena Roslan selesa karier diuruskan bonda tercinta.

Bagi Wafaf, itu yang terbaik apatah lagi ibunya punya pengalaman dalam arena penganjuran acara sekali gus dapat  menghindari individu berniat jahat mendekatinya.

Ibu umpama lembaga penapis kerana ada sahaja individu menghubungi nombor urusan kerja dengan niat sekadar mahu mencuba nasib atau berniat serong.

“Apabila diterangkan pengurus saya adalah emak sendiri, sudah tentu pihak terbabit tidak lagi mengacau,” katanya.

Kongsi Wafa yang terkenal dengan watak Nurul Ain menerusi drama fenomena 7 Hari Mencintaiku itu lagi, ada pihak tidak senang dengan kelancaran perjalanan kerjaya yang diuruskan ibu sendiri.

WAFA selesa bergaul dengan semua orang di set penggambaran.

Enggan menuduh sesiapa, Wafa cuma hairan apabila tercetus khabar angin kononnya dia mula ‘demand’, besar kepala serta memilih watak sedangkan sepanjang tempoh ini tiada sesiapa bersemuka bagi membincangkan persoalan itu.

Di set saya bercampur dengan semua orang, dari jurugegas, kru hingga pelakon lain tanpa mengira siapa.

“Malah apabila diajukan tawaran juga saya masih sama dengan melihat dulu jadual sedia ada, takut ada yang bertembung.

“Dalam bekerja, saya tak suka kayuh selagi boleh sebab enggan susahkan orang. Tentang bertanyakan penglibatan pelakon lain atau pengarah, itu perkara biasa.

“Rakan seindustri lain pun akan tanya pengurus produksi (PM) benda sama.

Kalau itu pun dikata saya dan pengurus mula besar kepala, memang lucu sebab tak pernah lagi pihak produksi atau PM tegur saya tentang hal tersebut. Kiranya, gosip itu pertama kali saya dengar,” luahnya melepaskan pusar jiwa.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://www.kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok