[VIDEO] Malampagi versi Naufal lain macam betul

UMUM tahu, lagu Malampagi nyanyian Saixse sedang menjadi siulan ramai ketika ini, terutama selepas majlis pernikahan MK K-Clique bulan lalu.

Ramai yang muncul menyanyikan semula lagu tersebut, termasuk penyanyi Naufal Azrin dengan memberi sentuhan irama Timur Tengah dalam lenggok nyanyiannya.

Nyanyiannya mendapat pelbagai komen daripada netizen malah ada juga berseloroh Malampagi versi Naufal mencetuskan keinsafan.

“Malampagi versi Naufal memang tak jadi nak ‘healing’ tapi sebelum maghrib sudah balik ke rumah.

“Muzik sudah menarik, kalau tukarlirik jadi versi Islamik pasti lebih okey,” komen segelintir netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok