[VIDEO] Dream, filem sukan padat emosi

APA yang akan terjadi sekiranya 11 individu yang sarat dengan masalah kehidupan membentuk sebuah pasukan bola sepak?

Lebih menggusarkan, para pemain merupakan golongan gelandangan yang dilatih menjadi atlet sukan profesional.

Itu jalan cerita yang diketengahkan dalam filem Korea terbaharu terbitan Netflix iaitu Dream lakonan hebat Park Seo-joon sebagai jurulatih bernama Yoon Hong-dae dan IU (Lee So-min) sebagai penerbit dokumentari.

Dream yang mengetengahkan sukan bola sepak mengangkat mesej positif yang besar iaitu percaya kepada diri sendiri untuk menggapai semua impian yang lama tertunda.

Naratif naskhah arahan Byeong Heon-lee itu mudah difahami, namun mampu menyentuh emosi penonton sehingga air mata muda mengalir.

Ditayangkan sejak 25 Julai lalu, kedudukan Dream dalam Netflix melonjak sehingga disenaraikan sebagai 10 filem paling popular setakat ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok