[VIDEO] Cardi B ‘naik hantu’ peminat simbah air 

SIKAP biadap penonton menyimbah air mengundang kemarahan penyanyi rap terkenal, Cardi B yang bertindak membaling mikrofon ke arah indvidu terbabit ketika membuat persembahan di Drai’s Beach Club, Las Vegas, Sabtu lalu.

Menerusi video tular tersebut, Cardi B atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almanzar dilihat disimbah dengan air minuman ketika sedang melantunkan lagu hitsnya Bodak Yellow.

Anggota keselamatan kemudian dilihat bergegas meluru ke arah individu terbabit.

Insiden itu meraih pelbagai reaksi netizen yang majoritinya bersetuju dengan tindakan Cardi demi menjaga keselamatannya.

“Bagus Cardi, jangan terlalu beri muka kepada penonton yang biadab. kita tidak tahu itu air biasa atau dia berniat jahat menyimbah asid,” komen seorang peminat

Cardi memang berani, penonton tidak patut membaling objek kepada artis yang sedang menyanyi. Bukan sahaja melampau tapi mungkin berisiko mencederakan penyanyi tersebut,” demikian komen seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, insiden sedemikian bukanlah kali pertama berlaku kepada artis terkenal ketika membuat persembahan.

Terdahulu, beberapa artis terkenal seperti Drake, Kelsea Ballerini, Harry Styles dan Bebe Rexha dilaporkan turut menjadi sasaran penonton yang bertindak melempar objek ke atas pentas dengan alasan terlalu minat. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok