Trend tukar wajah tua jadi lucu

SETIAP minggu pasti ada sahaja trend yang muncul dalam media sosial terutama TikTok.

Antara trend terbaharu menjadi ikutan ramai ketika ini ialah ‘filter’ (efek imej) yang mengubah wajah menjadi tua.

Bukan hanya orang ramai yang ‘menggila’ dengan efek tersebut, golongan selebriti popular tanah air seperti Janna Nick, Tomok, Amelia Henderson, Aedy Ashraf dan Uqasha Senrose juga turut tidak ketinggalan mencuba.

“Semoga kekal (wajah) hingga ke syurga. Kita semua akan tua juga satu hari nanti, tidak selama-lamanya muda,” kata Uqasha.

Namun, dalam keterujaan ramai, terdapat segelintir individu berasa sebak apabila melihat rupa tua mereka kerana dikatakan mirip dengan wajah ibu bapa yang sudah meninggal dunia.

Difahamkan, ‘filter’  imej tersebut sudah digunakan lebih tujuh juta pengguna TikTok seluruh dunia.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok