Top ‘rosakkan’ Squid Games 2

MESKIPUN menerima kecaman berikutan terlibat dalam siri popular Squid Games musim baharu, penyanyi Top tidak akan menarik diri daripada terus menonjolkan bakat lakonannya.

Pengarah siri tersebut, Hwang Dong-hyuk pula memilih untuk berdiam diri berhubung pemilihan Top sebagai aktor dalam Squid Games musim kedua.

Top antara barisan pelako siri Squid Game 2.

Bekas anggota kumpulan BigBang itu nekad menjayakan projek tersebut walaupun mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.

Rata-rata bimbang jika siri tersebut tidak meninggalkan kesan mendalam seperti mana musim pertama sekiranya penyanyi rap itu muncul sebagai salah seorang pelakon.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok