Titanic tular lagi

INSIDEN kapal selam Titan yang meletup baru-baru ini mencetuskan kembali fenomena filem Titanic dalam
media sosial.

Semuanya disebabkan ramai melahirkan simpati terhadap mangsa yang terkorban berhampiran lokasi kapal Titanic yang karam.

Selain itu, insiden tersebut juga membuatkan ramai menonton semula filem arahan James Cameron tersebut dalam platform media sosial.

“Sudah berapa kali tonton Titanic pun, tetap rasa sedih.

“Tidak mengapa walaupun media sosial dibanjiri dengan cerita Titanic, karya yang hebat sepanjang zaman,”
komen netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok