Tiket konsert sulung ZEROBASEONE licin

Kumpulan ZEROBASEONE membuktikan status mereka sebagai pendatang baharu berpengaruh  apabila berjaya menjual 18,000 keping tiket konsert sulung mereka.

Konsert tersebut diberi judul 2023 ZEROBASEONE FAN-CON sempena meraikan transformasi kumpulan itu dalam memperkenalkan karya mereka di mata dunia.

Meskipun baru debut kira-kira sebulan lalu, kumpulan itu mengambil langkah berani bertemu peminat dari seluruh dunia dan ternyata strategi terbabit membuahkan hasil apabila tiket konsert mereka licin terjual dalam tempoh singkat.

Lebih menarik, peminat yang tidak dapat menghadiri konsert itu dapat menonton secara langsug secara dalam talian.

Malah, pihak penganjur juga menyertakan sari kata dalam beberapa bahasa seperti bahasa Inggeris, Jepun dan Mandarin sepanjang penstriman konsert itu berlangsung nanti.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok