Tiada konflik, Anna, Merqeen masih ‘sejiwa’

RAMAI peminat resah apabila timbul desas-desus pasangan serasi kesayangan mereka, Anna Jobling dan Merqeen dikatakan bermasa muka.

Apa benar kedua-duanya kini tidak lagi mesra seperti dulu? Walhan satu negara tahu sebelum ini pasangan ‘sejoli’ ini cukup akrab hingga digosipkan menjalin hubungan istimewa.

Pertemuan dengan dua figura terkenal ini di Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) yang berlangsung di Istana Budaya minggu lalu membuka ruang kepada HibGlam mendapatkan kepastian mengenai perkara ini.

Sambil tersenyum manis, Anna yang dinobatkan sebagai Aktres Drama Popular itu pada acara itu berkata persahabatannya dengan Merqeen baik-baik sahaja.

“Tak wujud konflik antara kami. Semuanya biasa sahaja. Macam malam ini, kami raikan peminat bersama-sama,” katanya ceria.
Sementara Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22,  pula selesa mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut.

Figura yang meraih gelaran Aktor Drama Popular itu lebih cenderung menzahirkan penghargaan buat peminat yang menyokong perjalanan karier seninya sejak empat tahun lalu.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok