Thunder, Mimi tunggu masa nak kahwin

Anggota kumpulan MBLAQ, Thunder dan ahli kumpulan Gugudan, Mimi mengejutkan orang ramai apabila mereka mendedahkan sudah lama menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.

Menariknya, Thunder dan Mimi sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta selepas mendapati mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Malah, pasangan merpati dua sejoli itu mengesahkan hubungan mereka secara terbuka dengan berkongsi surat cinta tulisan tangan dalam akaun media sosial masing-masing.

Menurut sebuah laporan, Thunder dan Mimi sebenarnya bukan sahaja serius berpacaran, mereka bahkan sudah bertunang dan bakal berkahwin.

Laporan tersebut mendedahkan, pasangan itu kini sedang membuat persiapan untuk melangsungkan perkahwinan pada pertengahan bulan tahun depan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok