Terlalu seksi, Uorfi Javed diugut bunuh

“Inilah saya yang sebenar. Tidak hipokrit kerana saya lebih selesa jadi diri sendiri tanpa dikongkong orang sekeliling.”

Itulah pendirian pelakon, model dan pempengaruh media sosial, Uorfi Javed yang enggan ambil pusing tanggapan orang sekeliling mengenai penampilan seksinya.

Bermula sebagai pempengaruh media sosial bersama konten gaya berani mati apabila hanya menutup payu dara atau bahagian intim lain dengan bunga, replika ular hinggalah hiasan-hiasan kecil, kini nama Uorfi Javed semakin menyerlah di Bollywood.

Berjinak-jinak dengan dunia media sosial pada usia seawal 17 tahun nyata dengan pantas mengharumkan nama gadis itu dalam platform digital biarpun kerap menuai kecaman atas keberanian penampilan seksi.

Dalam satu wawancara, pelakon televisyen itu secara sinikal mengatakan individu yang melempar cacian adalah pelayar utama laman sosial peribadinya.

Lucu bukan? Orang mengutuk dan melabel saya dengan bermacam gelaran termasuk wanita tiada maruah, tetapi hakikatnya mereka yang paling banyak masa melihat gambar atau video saya.

“Ironi bukan? Tetapi itu adalah kenyataan, cuma netizen enggan mengakuinya sedangkan ada bukti menerusi komen masing-masing,” luah gadis bertubuh genit itu.

Atas keberanian itu, Uorfi juga pernah membuat laporan polis apabila menerima pelbagai ugutan termasuk yang terbaharu sekitar tiga bulan lalu.

Dakwanya, seseorang telah mengancam mahu membunuhnya kerana sering tampil dengan gaya provokatif yang didakwa memualkan masyarakat dan memalukan India.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari www.kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok