Terlalu seksi, Jennie Blackpink dikecam

AhlI kumpulan Blackpink, Jennie dikecam hebat netizen gara-gara beraksi sungguh ‘luar biasa’ seksinya dalam siri berjudul The Idol.

Dalam satu adegan, Jennie mengenakan busana merah jambu persis pakaian renang hanya menutupi bahagian dada dengan benang yang berkait dan dipadankan bersama seluar pendek yang terlalu ketat.

Penampilannya itu mengundang rasa kurang senang netizen yang menonton siri tersebut dan mendakwa Jennie sudah terpengaruh dengan budaya Barat.

“Pakaian Jennie dalam The Idol dianggap pakaian? Terlalu seksi dan hodoh,” komen netizen itu.

Adakah Jennie sudah lupa tentang adat dan cara berpakaian orang Korea sehingga perlu memakai pakaian sedemikian semata-mata untuk diterima oleh orang Barat?” komen seorang lagi netizen.

Bagaimanapun terdapat juga peminat yang mempertahankan idola mereka dan memaklumkan bahawa Jennie hanya memakai apa yang telah disediakan pihak produksi.

“Kenapa dia harus dipersalahkan sedangkan dia hanya melaksanakan tugas,” demikian komen peminat itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok