T.O.P dan G-Dragon hidup bersengketa?

Bekas ahli kumpulan BigBang, T.O.P didakwa telah memutuskan hubungan persahabatan dengan G-Dragon apabila dipercayai telah menyekat bekas ketua kumpulannya itu dalam Instagram.

Malah, G-Dragon juga didakwa telah membuang semua gambar dan video berkaitan T.O.P dalam apa jua platform media sosialnya.

Sebelum ini, T.O.P menamatkan kontraknya dengan YG Entertainment pada Februari tahun lalu. Label berkenaan bagaimanapun mengesahkan T.O.P masih terlibat dalam sebarang aktiviti dan promosi kumpulan BigBang.

Bagaimanapun, T.O.P dalam satu luahan kepada peminat mengakui telah menarik diri daripada kumpulan itu pada Mei lalu.

Sejak dari situ, hubungan dua penyanyi itu mulai dingin seakan saling membenci.

Rata-rata netizen  menyalahkan T.O.P dan menyifatkan bintang itu bermasalah sejak awal kemunculan.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok