Status isteri orang bukan penghalang – Adriana Adnan

MENGUKIR nama sebagai pelakon bukan semudah yang disangka. Banyak cabaran dan kegagalan sudah dilalui Adriana Adnan yang melabel dirinya masih ‘hijau’ meski hampir sedekad berkelana di pentas seni.

Untuk bertahan, dia sentiasa membumi dan memperbaiki kelemahan diri. Tidak sesekali dia berjauh hati atau menyimpan dendam saat ditolak mentah-mentah ketika pemilihan barisan pelakon filem mahupun drama.

Kalau bercakap tentang penolakan atau rejection, memang sudah beberapa kali saya melaluinya.

“Pada awalnya memang saya akan mempersoalkan perkara itu malah bermonolog dengan diri  mencari di mana silapnya sehingga nama ditolak pihak produksi,” katanyax.

Bukan sengaja menyesakkan fikiran sendiri, dia juga pernah beranggapan namanya ditolak kerana kurang pengikut dalam media sosial.

Namun, semua itu hanya tanggapan sementara. Pada akhirnya Adriana percaya, semua rezeki sudah ditetapkan Tuhan.

“Penolakan itu saya jadikan pemangkin semangat untuk berusaha lebih keras,” katanya optimis.

ADRIANA sentiasa profesional di set penggambaran dengan tidak sesekali mencampur-adukkan hal peribadi dan kerjaya.

Pada masa sama, anak personaliti televisyen Zamrina Zambri bersyukur kerana tidak pernah berhadapan diskriminasi daripada pihak produksi  berikutan sudah bergelar isteri orang.

Bahkan, pelakon telefilem Merewang Keluarga Pak Awang itu juga berharap tidak akan sesekali bekerja dengan rumah produksi yang mendiskriminasi wanita sepanjang tempoh bekerja.

Setakat ini tiada produksi tolak penglibatan saya kerana sudah berkahwin. Mungkin sebab mereka tahu cara saya bekerja iaitu tidak mencampur-adukkan hal kerja dan peribadi.

“Perkahwinan sepatutnya tidak menggugat karier kerana apabila masuk set penggambaran, bukannya kita bawa suami bersama,” jelas isteri kepada Harez Hazim Hazrin itu.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok