Soyou, Young-woong nafi bercinta

SATU lagi khabar angin percintaan melibatkan artis Korea apabila Lim Young-woong dan Soyou dikatakan menjalin hubungan cinta.

Namun, pihak agensi Soyou iaitu Big Planet Made menepis khabar angin percintaan dua personaliti popular tersebut.

Soyou pergi ke Pulau Jeju untuk menjalani rakaman dan pertemuan mereka di restoran adalah secara kebetulan.

Pada masa sama, pihak label Young-woong turut mengesahkan khabar angin tersebut adalah palsu.

Gosip tercetus apabila mereka dikatakan hadir ke sebuah lokasi pada waktu yang sama.

Tersebar untaian foto menimbulkan tanda tanya peminat sama ada mereka pergi makan berdua.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok