Son Ye-jin buat kemunculan perdana

HAMPIR sembilan bulan ‘hiatus’ selepas melahirkan anak sulung, pelakon Son Ye-jin akhirnya membuat penampilan sulung depan khalayak sebelum berangkat ke Paris, baru-baru ini.

Dikatakan, bintang filem A Moment To Remember itu berangkat ke Paris untuk menghadiri peragaan fesyen Valentino untuk F/W Collection 2023.

Meskipun lama berehat, Ye-jin masih mengekalkan kemesraan terhadap peminat dan wartawan yang datang ke lapangan terbang sebelum dia berlepas.

Isteri kepada pelakon Hyun Bin itu tetap mengekalkan aura kejelitaannya walaupun sibuk menjaga anak lelakinya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok