Sokongan Song Hye-kyo buat pesakit neuron

ATAS dasar keprihatinan, pelakon Song Hye-kyo memberikan sokongan kepada penubuhan hospital pertama di Korea buat pesakit neuron motor atau lebih dikenali sebagai Lou Gehrig.

Semasa mengambil bahagian dalam Ice Bucket Challenge, pelakon drama The Glory itu menyerahkan 10 juta won (RM 36,000) kepada Yayasan Seungil Hope bagi meringankan beban.

“Kami memerlukan minat dan sokongan yang penuh kasih sayang dari orang ramai untuk penubuhan Hospital Lou Gehrig pertama di Korea.

“Saya juga mengambil bahagian dan memberi sokongan supaya setiap individu bersatu hati melakukan kerja penubuhan hospital,” katanya.

Ice Bucket Challenge merupakan aktiviti menuang ais ke atas diri peserta dan kemudian, mencalonkan tiga orang lain untuk meneruskan cabaran.

Hye-kyo menyertai cabaran tersebut selepas dicalonkan oleh pelakon Lee Do-hyun.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok