Soal zuriat agak peribadi – Fazura

PELAKON Fazura tidak menolak seandainya dikurniakan rezeki menimang cahaya mata kedua dalam tempoh terdekat.

Akui pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, dia dan suaminya, Fattah Amin kasihan melihat anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya, 3, keseorangan tanpa teman bermain.

“Sebenarnya soalan tentang zuriat ini agak peribadi buat saya. Tetapi, rezeki Allah tidak akan saya tolak kerana memang bersedia menimang cahaya mata kedua.

“Ada rezeki kami terima. Kasihan pula lihat Fatima tiada kawan bermain, mungkin sudah tiba masa dia punya adik,” katanya kepada Kosmo! Online dalam majlis pelancaran progaram televisyen Innovathon di ibu kota petang semalam.

Aktres dan usahawan berusia 40 tahun yang kini rancak menjalani penggambaran sebuah filem itu turut berkongsi, di rumah Fatima selalu menyuarakan hasrat mahu ke rumah sepupunya untuk berkawan.

“Saya dan Fattah bersedia pada bila-bila masa. Doakan kami.

“Soal merancang atau tidak, saya tidak boleh beri komen,” ujarnya yang bakal membuat kemunculan semula menerusi drama terbaharu pada Ogos nanti.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Bahtera cinta pasangan popular ini diserikan dengan kehadiran Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok