Shuhada nasihat penyondol takutlah dengan Allah

“Buat sesiapa yang bercita-cita mahu bina bahagia atas penderitaan orang lain (atas alasan), saling mencintai, nak berjuang demi cinta, nasihat saya takutlah dengan  Allah.

Demikian peringatan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukur kepada orang ketiga atau penyondol yang mengganggu rumah tangganya.

Tahukan Allah akan membolak-balikkan hati? Semua hak Allah,” katanya kepada HibGlam sambil menitiskan air mata.

Bersyukur beban hati yang ditanggung akhirnya sirna, Nurul Shuhada berkata dia ingin menyuntik semangat kepada wanita lain yang melalui kehidupan sama sepertinya.

“Saya sebak sebab Allah sudah angkat beban dalam hati ini.

“Saya nak beri semangat kepada wanita yang mungkin melalui fasa sukar dalam hidup supaya sabar.

Saya tahu perasaan itu sakit dan perit, tetapi Allah ada. Dia tidak akan beri beban melebihi kemampuan. Allah akan ganti, InsyaAllah,” tambahnya lagi.

Ditanya mengenai anak-anak, Nurul Shuhada berkata puteri sulungnya, Umairah memahami pengakhiran hubungannya dengan bekas suami.

Saya memang tidak sorok apa-apa dengan anak-anak. Mereka tahu kami akan bercerai. Umairah kalau cerita kepada orang lain pun sebut perkara yang sama.

“Saya kata tidak apa, Allah sudah tetapkan begitu jalan ceritanya. Allah akan gantikan dengan kegembiraan yang hebat,” ujarnya.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Namun, kemelut rumah tangga mereka berakhir selepas mahkamah mengesahkan Hafidz melafazakan cerai talak satu pada pada 22 Februari lalu. -KOSMO! ONLINES

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok