Shin Min-ah, Kim Woo-bin murah hati

RASA cinta dan sayang peminat terhadap pasangan selebriti Shin Min-ah dan Kim Woo-bin semakin berganda kerana ketulusan hati mereka.

Masakan tidak, pasangan itu bermurah hati menghulurkan sumbangan membantu masyarakat yang berdepan kesukaran.

Mereka menderma sebanyak 100 juta won (RM36,0000) kepada setiap mangsa banjir di Cheongju, Korea Selatan baru-baru ini.

Cuaca tidak menentu di sana menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat sehingga mengakibatkan kerosakan teruk di beberapa kawasan, termasuk Cheongju.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok