Seon-ho bakal kembali dengan drama romantik

SELEPAS meraih populariti menerusi drama Hometown Cha Cha, pelakon Kim Seon-ho dipilih menerajui drama baharu berjudul Can This Love Be Translated.

Media Korea Selatan turut melaporkan bahawa Seon-ho masih dalam proses perbincangan bersama wakil produksi dan optimis untuk membintangi siri drama tersebut.

Can This Love Be Translated merupakan drama percintaan  seorang penterjemah bertemu wanita yang hanya bercakap dalam bahasa cinta.

Drama berkenaan ditulis penulis skrip terkenal Hong Jung-eun dan Hong Mi-ran yang dikenali sebagai Hong Sisters.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok