Selalu tayang aurat, strategi Masya Masyitah kekal popular?

TIDAK sudah-sudah nama Masya Masyitah disebut-sebut sejak kebelakangan ini dek kontroversi pemakaiannya.

Macam biasa, apabila golongan artis tampil seksi mahu pun bertudung tetapi sedikit berbeza berbanding kebiasaan pasti ada suara-suara akan muncul memberi komen.

Namun, dalam kes penyanyi berusia 23 tahun ini, rata-rata komen dalam laman sembang menebak dia sengaja menggunakan gaya berpakaian sebagai cara untuk dikenali.

Kiranya cipta kontroversi dengan tampil berani biarpun menyedari bakal diserang netizen berikutan gaya tidak kena tempatnya.

Apa pun kalau betul itu sekadar strategi nak popular, Mizz Lahar ucapkan tahniah sebab ramai kata daripada tak tahu dia seorang penyanyi, kini ada yang cari mana satu lagu dendangannya.

Mizz Lahar: Dengar kata filem Vik2ria ditonton 346 penonton saja.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok