Sebab kurus, Fasha Sandha dituduh sakit pula

SEJAK kurus, nama Fasha Sandha tidak pernah berhenti menjadi sebutan ramai.

Rupa-rupanya juga, ramai masih ‘makan hati’ melihat pelakon yang pernah popular menerusi drama Natasha itu semakin kurus.

Selain dituduh melakukan pembedahan bariatrik, kini dia dikatakan pula mempunyai penyakit.

Membalas dakwaan tidak berasas itu, Fasha mengakui terkesan sedangkan dirinya dalam keadaan sihat.

“Tidak sakit. Cuma hati agak sakit apabila hari-hari orang cakap saya sakit sedangkan kami Alhamdulillah sihat,” balasnya penuh sinikal.

Sabarlah Fasha, mungkin ini dugaan untuk kurus. Apabila berat badan naik, orang kata tidak pandai jaga kesihatan diri tetapi kurus, lain pula dituduh.

DIVA: Kagum dengan stamina dan bakat Faizal Hussein sebagai pelakon. Tiada siapa nak beri gelaran Datuk?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok