[VIDEO] Saya tak tujukan kepada sesiapa – Bella Astillah

“SIAPA cakap saya sindir?”

Demikian respons pelakon Bella Astillah apabila dituduh sengaja menyindir baju yang digayakan aktres Sophia Albarakbah pada sebuah majlis anugerah hiburan baru-baru ini.

Menurut Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, setiap perkara yang dimuat naik dalam media sosialnya tidak ditujukan terhadap mana-mana pihak.

Saya tak mahu komen mengenai hal ini. Macam yang semua tahu, setiap perkara yang saya muat naik dalam Instagram tidak semestinya ditujukan kepada sesiapa termasuk apa sahaja ‘quotes”.

“Sama juga dengan InstaStory saya baru-baru ini, memang tidak ditujukan kepada sesiapa,” katanya kepada HibGlam selepas pelancaran drama terbitan Astro di sini, semalam.

Masih dikaitkan dan dituduh menyindir individu lain, dia menyerahkan hal tersebut kepada semua pihak untuk membuat penilaian sendiri.

Dia bagaimanapun tidak sesekali berasa rimas apabila kisah rumah tangganya kerap menjadi bahan bualan ramai.

“Semuanya hak masing-masing dan hidup saya hanya bergerak ke depan sahaja.

Setakat ini tidak rimas orang asyik kaitkan sebab saya faham orang prihatin.

“Saya berterima kasih sebab ramai sayangkan saya dan suami. Ramai mendoakan untuk rumah tangga kami,” ujar pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu.

BELLA terharu ramai mendoakan kebahagiannya dengan Aliff.

Dia juga berasa terharu apabila ramai berharap rumah tangganya dengan suami, Aliff Aziz berkekalan.

“Apabila saya baca komen, ada yang doakan agar Allah lindungi rumah tangga saya dan alif

Saya sebak walaupun hanya perkara yang kecil, maksudnya orang mendoakan rumah tangga kami.

“Jadi, saya tidak rimas pun dan maksudnya orang masih ambil berat,” tuturnya.

Terdahulu, satu hantaran InstaStory milik Bella mengundang tanda tanya ramai apabila dituduh menyindir dan menyamakan busana digayakan seorang individu yang disifatkan sebagai fesyen kampung.

Dalam hantaran tersebut Bella juga memuji dres yang dipakai oleh rakan selebritinya, Janna Nick.

“Janna cantik sangat baju nampak sangat elegan, nampak seperti puteri. Baju dia tidak kelihatan seperti ‘kampung’,” katanya dalam InstaStory tersebut. – KOSMO ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok