Sakitnya babak Amelia tampar Aedy!

ORANG kata, kalau berlakon biar nampak seperti benar-benar berlaku. Itulah yang dilakukan Amelia Henderson dan Aedy Ashraf baru-baru ini sehingga tular dalam media sosial.

Semuanya disebabkan Amelia menampar Aedy dengan kuat ketika melakonkan babak sebuah drama.

Bukan palsu tetapi Amelia dikatakan benar-benar menampar Aedy agar babak tersebut menjadi.

Rata-rata netizen turut merasai kesakitan Aedy malah ada yang berpendapat, kedua-duanya sangat berdedikasi untuk memberi lakonan terbaik.

Pedihnya rasa, itu memang tamparan sebenar sebab bunyi tidak boleh menipu.

“Babak ini kalau perlu ulang dua hingga tiga kali, memang bengkak pipi Aedy. Apa pun mantap!” komen netizen

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok