Rumah tangga tak patut jadi tontonan – Diana Danielle

PELAKON Diana Danielle berpendapat isu rumah tangga adalah hal peribadi dan tidak seharusnya menjadi tontonan orang ramai.

Perkara itu disuarakan Diana, 33, apabila diminta mengulas mengenai pelbagai usaha yang dilakukan Farid Kamil bagi memujuknya untuk kembali berdamai dengannya.

Tidak menjawab sama ada menerima pujukan Farid sebelum ini, dia hanya berharap konflik rumah tangga dan proses perceraian yang masih berlangsung ketika ini menemui jalan terbaik.

“Saya doakan yang terbaik dan semoga dapat melalui proses ini serta mencari satu jalan terbaik.

“Saya tak mahu komen lanjut sebab bagi saya semua itu sebenarnya hal peribadi dan tidak sepatutnya dipertontonkan.

“Perkara itu juga tidak sepatutnya dilakukan sebagai alasan atau usaha untuk mengambil hati,” katanya kepada HibGlam selepas sebutan kali kedua tuntutan nusyuz yang difailkan Farid di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok