Rosyam Nor ‘hilang’ gengster

PADA usia 56 tahun, figura bernama Datuk Rosyam Nor pada asasnya tidak perlu lagi bekerja keras untuk mengekalkan relevansinya dalam dunia seni tanah air.

Itulah persepsi mudah khalayak terhadap dirinya. Disangka selesa dengan kedudukan sekarang, hakikatnya, perasaan berbeza dirasai Rosyam.

Dengan puluhan filem dan ratusan naskhah televisyen, Rosyam masih perlu membuktikan kemampuannya sebagai pelakon kepada peminatnya.

Masih dahagakan karya yang boleh menyerlahkan sisi versatiliti. Itu peluang yang dicarinya sehingga hari ini walaupun sudah lebih tiga dekad namanya terpahat sebagai pelakon serba boleh.

Selain mahukan kepuasan menjadi aktor versatil, lelaki itu masih tercari-cari watak yang boleh mengatasi jenama Castello dalam Gerak Khas The Movie dan Tailong (KL Gangster) yang melekat dengan dirinya sejak berbelas tahun lalu.

Bukan ingin lari daripada watak ikonik tersebut, Rosyam sekadar mahu memberi sesuatu yang baharu peminat yang sudah menyokongnya sejak dahulu.

Selama ini orang kenal dan panggil saya Castello, Tailong. Nama itu terlalu melekat dengan saya lebih 15 tahun lalu. Jadi saya tertanya, itu sahajakah yang seorang Rosyam Nor boleh beri dan tinggalkan impak kepada peminatnya?”

“Kalau tanya pelakon lain, semua hendak jadi versatil. Tidak kiralah baharu atau lama, itu jawapan yang akan mereka berikan apabila ditanya mengenai impian sebagai anak seni.

“Sama juga saya, melakonkan karakter yang lari daripada kebiasaan,” kata empunya nama penuh Mohamed Noor Shamsuddin yang merealiasikan hasratnya itu menerusi drama terbaharu berjudul Jack Yusof.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari www.kosmo.com.my

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok