Remy Ishak ‘papa hot’, Remy ‘junior’ mesti ‘handsome’

DUA hari selepas bergelar bapa, pelakon popular Remy Ishak mendedahkan dirinya menimang anal sulung lelaki, sekali gus Remy ‘junior’ dalam keluarga kecil yang baru berusia dua tahun itu.

Kata pelakon Pulang itu, dia dan isteri, Ezza Yusof bersyukur dikurniakan dengan kehadiran seorang hero sebagai cahaya mata sulung mereka.

“Syukur dan alhamdulillah atas kurnia rezeki serta rahmat-Nya. Cahaya mata pertama dan bayi lelaki.

“Seorang hero! Terima kasih ya Allah,” tulisnya dalam hantaran terbaharu dakamn Instagram yang turut menyertakan gambar bersama isteri dan permata hati mereka.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis sama-sama mengirimkan ucapan tahniah buat Remy dan isteri.

“Tahniah Remy Ishak, dah jadi papa ‘hot’, mesti handsome (kacak) Remy ‘junior’,” tulis seorang peminat.

Biarpun tidak menunjukkan wajah dan nama si kecilnya, jelas terserlah kegembiraan pasangan itu melalui fasa baharu sebagai ibu bapa.

Kelmarin bintang Sangkar itu berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak sulung mereka yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan terkemuka.

Sebelum ini pasangan tersebut mendedahkan bakal menimang cahaya mata ketika kandungan isterinya memasuki lima bulan.

Remy dan Ezza, 39, melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin cinta. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok