Rehat di kampung, Won Bin dirindui

SELEPAS melakar kejayaan cemerlang dalam dunia hiburan Korea Selatan, pelakon terkenal Won Bin ingin menyesuaikan diri dengan kehidupan di desa yang tenang.

Netizen mendakwa pelakon berbakat besar itu membuat keputusan berada di luar bandar untuk mengosongkan minda selepas sibuk memenuhi jadual seninya.

Namun, kehilangannya selepas filem terakhir pada 2010 iaitu The Man From Nowhere membuatkan peminat tertanya-tanya bila dia akan kembali ke layar perak.

Filem tersebut juga mendapat banyak pujian dan menjadi filem Won Bin yang paling diiktiraf ramai.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok