Puteri Sarah ditemani bekas bapa, ibu mentua

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri perhatian ramai apabila tiba ke Anugerah Bintang Popular hari ini dengan ditemani bekas ibu dan bapa mentuanya.

Menurut Sarah, kehadiran Datuk Yusof Haslam dan Datin Patiman Ismail pada malam ini bagi memberi sokongan kepadanya yang tercalon dalam kategori Aktres TV Popular.

“Terima kasih mama dan papa datang beri sokongan kepada Sarah,” katanya pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu.

Menerusi perkongsian tersebut, Sarah anggun menggayakan gaun berwarna biru manakala Yusof dan Patimah sedondon serba hitam.

Sementara itu, netizen pula menyifatkan Sarah ibarat pemenang apabila hadir ditemani bekas ibu dan bapa mentuanya malam ini.

“Sarah sudah seperti pemenang malam ini sebab Datuk dan Datin menemaninya.

“Mungkin dia akan menang anugerah malam ini sebab ditemani ibu bapa mentua,” komen netizen.

Terdahulu, Sarah dan bekas suami, Syamsul Yusof sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok