Penyebar fitnah Jun-ho disaman

PENYEBAR fitnah yang menulis artikel-artikel merosakkan reputasi penyanyi Lee Jun-ho kini berdepan saman berjumlah 3 juta won (RM10,000).

Keputusan menjatuhkan hukuman terbabit disebut di Mahkamah Daerah Barat Seoul yang mendapati pelaku melanggar Akta Penggalakan Penggunaan Rangkaian Maklumat dan Komunikasi serta Perlindungan Maklumat.

Pengurusan kumpulan 2PM iaitu JYP Entertainment tegas dengan pendirian terhadap mana-mana pihak berniat jahat kepada artis mereka.

Tindakan berkenaan sekali gus menunjukkan label tidak mengabaikan tanggungjawab ke atas artis naungan mereka. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok