Peminat tak sabar tunggu album Taehyung

Anggota kumpulan BTS, Kim Taehyung terus meraih kejayaan demi kejayaan apabila debut solo rasminya sudah melepasi 800 juta strim terkumpul dalam Spotify seluruh negara.

Taehyung mencapai kejayaan itu hanya menerusi tiga runut bunyi atau OST K-drama melibatkan dirinya iaitu Christmas Tree, Sweet Night, dan It’s Definitely You.

Taehyung telah mengukuhkan statusnya sebagai ‘Raja OST’ dengan mengekalkan rekodnya mempunyai dua OST yang paling banyak distrim dalam Spotify.

“Populariti Taehyung bukan biasa-biasa, hanya dengan tiga lagu sahaja dia sudah mencapai pelbagai kejayaan, tak sabar rasanya nak tunggu album penuh si tampan Taehyung,” demikian komen peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok