Park Bo-young risau tak hebat

BUKAN mengada-ngada, namun aktres Park Bo-young mengakui sering berasa bimbang setiap kali ditawarkan watak dalam filem aksi.

Perkara berkenaan diluahkan kerana Bo-young merasakan orang lain mampu mempersembahkan watak aksi dengan hebat berbanding dirinya.

“Saya tidak fikir saya akan melakukan yang hebat dalam filem aksi.

“Dalam filem aksi, seseorang menghayun pedang dan kelihatan sangat bagus jika orang itu tinggi.

“Tetapi saya harus melakukan sesuatu menarik seperti buat perkara comel untuk jadikan watak itu hebat,” dedahnya ketika muncul sebagai tetamu istimewa dalam rancangan YouTube Lee Young Ji bertajuk No Prepare.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok