Nmixx tidak ‘terbakar’

KECOH dalam media sosial berkenaan kebakaran kecil yang berlaku di set semasa rakaman melibatkan kumpulan wanita, Nmixx untuk program K-909.

Bagaimanapun, stesen televisyen berbayar, JTBC tampil menjelaskan  keadaan Nmixx bagi mengelak berlakunya salah faham kerana ada pengguna media sosial mendakwa kejadian yang berlaku 10 Julai lalu sangat huru-hara.

“Memang benar ada masalah semasa rakaman apabila prop atas pentas terbakar.

“Sebaik sahaja kebakaran dikesan, anggota Nmixx diminta berpindah semasa kru memadamkan api.

“Bagaimanapun, rambut Kyujin sahaja yang rosak akibat tersangkut pada dron tetapi dia kini baik-baik sahaja,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok