NewJeans belanja peminat

BAGI menghargai peminat yang hadir ke rakaman program televsiyen, Music Bank, kumpulan NewJeans menyediakan beberapa kejutan.

Kesemua ahli wanita itu menyediakan hadiah istimewa untuk Bunnies (kelab peminat) berupa baju berjenama, trak kopi, foto bersama setiap anggota dan baucar makanan.

Bukan itu sahaja, NewJeans turut menyewa sebuah restoran agar peminat tidak berlapar dan makan tengah hari bersama.

Menurut laporan media Korea, mereka bebas makan apa sahaja termasuk hidangan paling mahal berharga 28,000 won (RM100).

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok