Netizen saran anak Zarina Zainuddin diet

Prihatin dengan perubahan fizikal yang dilihat semakin berisi, ramai netizen menasihati anak pelakon Zarina Zainuddin, Muhammad Raizal Azrai atau lebih dikenali sebagai Azal supaya menurunkan berat badan.

Menerusi video yang dikongsi pelakon itu di media sosialnya, Azal tidak berbaju ketika menyanyikan lagu kebangsaan negara jiran, Majulah Singapura sekali gus mengundang perhatian netizen untuk meninggalkan pelbagai komen.

“Suruh dia dietlah. Takut nanti jadi obesiti,” komen netizen.

“Azal anak yang sihat. Janganlah biarkan dia gemuk. Ajak dia berolahraga supaya tidak sakit,” komen peminat.

“Mungkin agak kurang karbohidrat dan lebihkan makan sayur-sayuran dalam menu, Kalau berat badan terjaga, insya-Allah lebih sihat,” kata pengikut media sosial Zarina.

“Azal bila mahu pergi gimnasium lagi? Bukankah sebelum ini bersemangat mahu bermain gim?,” soal pengikut.

Tinjauan Kosmo! Online dalam Instagram Zarina mendapati pelakon drama i-Tanggang itu tidak memberikan sebarang respons mengenai komen netizen terhadap anaknya.

Bagaimanapun, selain kritikan mengenai fizikal Azal, ada juga pengikut yang memuji nyanyian anak Zarina itu.

“Wah sejak ulang-alik Singapura sudah pandai menyanyikan lagu kebangsaan kita,” luah peminat.

Tahun lalu, Azal pernah terpalit kontroversi apabila ada individu tidak bertanggungjawab meletakkan maklumat dirinya sebagai orang gila dalam Wikipedia.

Azal merupakan putera sulung Zarina yang turut mempunyai kembar bernama Azil hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Selain pasangan kembar yang disahkan autisme itu, aktres tersebut turut dikurniakan dua lagi putera, Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok