Nam Tae-hyun rawat ketagihan dadah

TERJEBAK dadah menjadi satu momen hitam yang sukar dilupakan dan dalam masa sama, sesuatu yang amat dikesali buat penyanyi Nam Tae-hyun.

Mahu pulih daripada cengkaman dadah, Tae-hyun kini sedang menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan di Incheon.

Menerusi sebuah video, Tae-hyun menjelaskan bahawa dia kini sedang sedaya upaya memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik.

“Saya bekerja keras dan berfikir bagaimana untuk membentuk hidup dengan lebih baik,” jelasnya sesal.

Dia juga mengakui telah menggunakan sejenis ubat sejak lebih sedekad, yang akhirnya memberi impak, menjadikan dirinya lebih tenang dan terkawal.

“Saya telah mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan oleh pakar psikiatri selama lebih 10 tahun, dan kerana itu, garis antara ketagihan kepada dadah perlahan-lahan pudar.

“Corak hidup saya benar-benar berubah. Apabila saya tinggal bersendirian, saya akan tidur dan bangun pada bila-bila masa yang saya mahu.

“Tapi saya tidak boleh melakukan semua itu di sini. Saya bangun pada pukul 8 pagi dan tidur 11 malam. Saya juga dilarang untuk minum alkohol. Jadi fikiran saya berasa lebih jernih,” jelasnya panjang lebear dan bersemangat positif.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok