Mohon sedekah al-Fatihah buat ayah saya – Siti Nordiana

“Assalamualaikum semua. Ayah Nana yang tercinta, Alias Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.”

Demikian perkongsian penyanyi Siti Nordiana memaklumkan pemergian bapa tercinta, Allahyarham Alias Ahmad yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun, pagi tadi.

Khabar duka mengenai pemergian insan tercinta yang meninggal dunia di kediaman keluarga di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan itu dikongsi Nana dalam Instagram.

Assalamualaikum semua. Ayah Nana yang tercinta Alias Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.

“Mohon semua sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham ayah Nana,” tulisnya.

Pengurus Siti Nordiana atau Nana, Anas Osman pula menyatakan kali terakhir penyanyi itu bertemu arwah adalah kelmarin, namun keadaan kesihatannya seperti biasa walaupun agak uzur.

Menurut Anas, Nana dihubungi kakaknya yang memaklumkan bapa mereka ditemui tidak sedarkan diri sekitar pukul 10 pagi tadi.

Allahyarham sudah lama uzur, tetapi masih mampu berjalan menggunakan tongkat malah Rabu lalu kesihatannya baik-baik sahaja.

“Beberapa tahun kebelakangan ini Allahyarham menghidap penyakit kencing manis dan beberapa masalah lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Anas lagi, berikutan tahap kesihatan Allahyarham tidak menentu, Nana berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Sendayan terutama sejak bapanya dimasukkan ke hospital pada 1 Syawal lalu.

Jenazah Allahyarham Alias dijangka akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Felda Sendayan. -HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok