MK, isteri bikin media sosial bersemut!

MINGGU ini nama penyanyi rap, MK K-Clique kembali panas dalam media sosial.

Bukan lagi disebabkan majlis perkahwinan tetapi dek momen bahagia yang sedang dinikmati bersama isteri, Siti Hajaar selepas bergelar suami isteri,

Terbaharu, MK mencuri perhatian dengan meminta wanita di luar sana membeli dan memakai abaya. Dia berpendapat golongan lelaki lebih tertarik dan suka melihat wanita memakai pakaian sebegitu.

Lucunya, Siti Hajaar yang mendengar kenyataan itu tampil memberikan respons spontan dengan mempersoal, adakah MK juga suka melihat wanita lain memakai abaya atau jubah.

PASANGAN sama padan sama cantik ini menjadi perhatian di media sosial.

Respons MK, dia hanya suka melihat isterinya sahaja malah berpesan kepada kaum suami agar tidak tersalah cakap sepertinya.

Situasi ‘getir’ itu membuatkan netizen tidak kering gusi malah ada yang mahu mereka berhenti berkongsi momen manis bersama sebab ramai cemburu! Sabarlah ya semua, kumbang bukan seekor.

DIVA: Ramai betul selebriti dikurniakan cahaya mata pada bulan ini. Meriah!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok