Minji tidur 15 jam sehari

BIARPUN baru setahun jagung dalam industri, namun setiap anggota kumpulan NewJeans menerima layanan yang sangat  baik daripada pihak pengurusannya.

Hal tersebut diakui agensi mereka, Ador yang sentiasa memastikan NewJeans sentiasa mempunyai rehat cukup supaya tetap berinteraksi dengan peminat biarpun dihambat jadual padat.

Perkara tersebut dibuktikan oleh seorang anggotanya, Minji mengakui dapat berehat selama 15 jam sebelum bertemu peminat.

“Saya tidur sangat nyenyak dan saya tidak marah sekiranya ada sesiapa yang kejutkan saya.

“Selama 15 jam tidur, saya rasa sangat puas dapat berehat dalam masa lama sebelum kembali aktif,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok