Michelle Yeoh kini isteri Jean Todt

PELAKON, Tan Sri Sri Michelle Yeoh akhirnya bergelar isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt, semalam selepas 19 tahun bertunang.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat mereka di Geneva, Switzerland.

Berita gembira itu dikongsi seorang jemputan merangkap pelumba Formula 1, Felipe Massa yang turut menyampaikan ucapan tahniah buat pengantin.

Selamat mendirikan rumah tangga Jean Todt dan Michelle Yeoh, sayang kamu,” tulis pelumba kelahiran Brazil itu menerusi Instagram.

Massa turut berkongsi paparan kad jemputan hari bahagia Yeoh, 60, dan Todt, 77.

“Kami bertemu di Shanghai pada 4 Jun 2004. Tarikh 26 Julai 2004, JT melamar MY dan bersetuju.

Hari ini (semalam) selepas 6,992 hari, dikelilingi keluarga dan rakan, kami sangat gembira meraikan hari istimewa ini,” tulis dalam kad jemputan tersebut.

View this post on Instagram

 

A post shared by Felipe Massa (@massafelipe)

Difahamkan, Michelle berkenalan dengan Todt pada Jun 2004 di Shanghai Grand Prix, China sebelum mengumumkan pertunangan sebulan selepas itu.

Ratu Cantik Malaysia 1983 itu diundang menjayakan publisiti jenama kereta Ferrari, manakala Todt pula Pengurus Besar ketika itu.

Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 itu mendedahkan Todt membantu menghalau petugas membersihkan pentas pada acara itu kerana melayannya dengan buruk. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok