Merokok, Lee Chae-young diselar tak bertamadun

Tindakan ahli kumpulan Fromis_9, Lee Chae-young berkongsi beberapa foto yang menampakkan rokok elektronik dalam poket seluar hadapannya mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen.

Malah, ada segelintir netizen menggelar mereka ‘idola rosak’ dan tidak bertamadun yang boleh memberi pengaruh buruk kepada peminat muda.

“Mereka menjahanamkan imej dengan merokok, pasti kanak-kanak dan remaja yang melihatnya akan mudah terpengaruh,” kata netizen itu.

Bagaimanapun, terdapat juga peminat tampil mempertahankan idola pujaan mereka itu dan berpendapat Chae-young berhak menjalani kehidupan seperti manusia lain.

“Dia sudah dewasa, jadi biarlah dia lakukan apa yang dia suka.

“Idola juga sama seperti kita. Mereka merokok dan minum dan tahukah anda, mereka juga berhak!,” sinis peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok