Membosankan, klise, Fazura tak tengok drama Melayu

JARANG muncul di kaca televisyen dan layar perak bukan bermakna kecintaanya terhadap dunia lakonan kian menipis.

Jiwa seninya masih ‘bernyawa’, cuma Fazura memilih berkata tidak apabila dihulurkan watak bersimpang daripada kemahuan hatinya.

“Saya sudah lama tidak berlakon, banyak fokus bisnes. Ada tawaran tetapi kebanyakan jalan cerita hampir sama tetapi jangan risau, saya kini berlakon filem dan saya akan buat ‘comeback’ bulan hadapan untuk sebuah drama bersiri.

Saya sangat memilih watak, kalau kita tengok drama sekarang, jalan ceritanya hampir sama, dua orang wanita berebut seorang lelaki. Saya dah muak dengan semua itu (wanita berebut lelaki), saya rasa drama sebegitu mencetuskan lebih ramai penyondol.

“Drama berebut lelaki seolah dinormalisasi sehingga menjatuhkan maruah wanita, saya dah lama berlakon macam itu dulu. Sekarang, saya nak berlakon watak ke arah memperjuangkan maruah dan martabat wanita,” katanya.

Lebih menarik perhatian, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin itu bahkan mengakui, sudah lama tidak menonton drama Melayu dek jalan cerita terlalu membosankan dan klise.

Saya memang tak tengok drama Melayu, tak habis-habis dengan jalan cerita yang sama, semuanya seolah menunjukkan wanita sebagai insan yang lemah.

“Drama saya kelak, wataknya akan lebih menonjolkan sisi kekuatan seorang wanita yang perkasa dan bermaruah.

“Itu yang saya mahu perjuangkan dalam jalan cerita sekarang bukannya sekadar ‘cintan-cintun’ berebut lelaki,” kata anak jati Pekan, Pahang itu.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://www.kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok